Friday, 7 December 2012

Aplikasi Zello Sebagai Medium Perhubungan

Umum maklum bahawa kita sekarang telah pun berada pada abad ke 21. Pada zaman sekarang perhubungan tidak lagi tertakluk kepada penggunaan telefon semata-mata sahaja. Sejak adanya internet dalam kehidupan kini perhubungan telah berevolusi dengan meluas. Komunikasi secara 'online' telah menjadi perkara kebiasaan dalam kehidupan seharian kita.

Entri pada hari ini akan berkongsi pengetahuan berkenaan salah satu medium perhubungan online terkini iaitu dengan menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai 'ZELLO'.

Mungkin ramai di antara pembaca yang telah mendengar dan telah sedia menggunakan aplikasi ini. Konsep perhubungan dengan menggunakan aplikasi ini sangat mudah iaitu berkomunikasi secara sehala sama seperti penggunaan 'walkie-talkie' tetapi tidak menggunakan gelombamg radio sebaliknya ia memerlukan talian internet untuk penyambungan.


Aplikasi ini boleh berfungsi dengan baik dan pantas apabila alat peranti yang kita gunakan bersambung dengan talian internet tidak kira sama ada talian tersebut ialah secara rangkaian 3G ataupun rangkaian berwayar (streamyx, maxis fibre dan sebagainya).

Pihak sekolah SK Lebir juga menggunakan aplikasi Zello sebagai medium perhubungan alternatif selain daripada talian telefon biasa memandangkan ia tidak memerlukan sebarang kos penggunaannya dan hanya memerlukan talian internet semata-mata.

Kepada yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini bolehlah memuat turun aplikasi ini secara percuma di pasaran telefon pintar anda. Ianya boleh digunakan oleh telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS (Apple) dan Android (Samsung, Sony Ericcsson dsb).


Channel rasmi yang digunakan oleh pihak sekolah ialah 'Kelab Zello Lebir'. Anda semua dipelawa untuk bersama-sama untuk berkongsi pandangan di dalam channel tersebut. Terima kasih.





0 comments:

Post a Comment