Panorama SK Lebir |
Sekolah Kebangsaan Lebir terletak di dalam daerah Gua Musang, Kelantan.
Jauhnya dari Bandar Gua Musang ialah 68 km.
Sekolah
ini terletak di sebuah kawasan yang indah menghijau dengan suasana yang damai
serta udara segar. Sekolah ini dibina di kawasan berbukit yang jauhnya
kira-kira 17 kilometer dari jalan besar yang menghubungkan RKT Paloh 2 dengan Bandar
Gua Musang.. Di bahagian belakang kawasan sekolah ini terdapat kebun getah.
Sekolah
ini dilengkapi dengan segala kemudahan asas. Terdapat 5 buah blok bangunan di
mana satu blok digunakan untuk penempatan 6 buah bilik darjah, surau, Bengkel
Kemahiran Hidup, bilik sakit dan bilik buku teks, satu blok untuk Perpustakaan,
Bilik Guru dan Bilik Pemulihan, Kantin, satu blok untuk Bengkel Seni Lukis, Makmal
Komputer, Makmal Sains dan Bilik Muzik , 1 blok untuk Pejabat dan Dewan Terbuka
dan 1 blok bangunan untuk Pra Sekolah.Untuk kemudahan bersukan, sekolah ini
juga mempunyai sebuah padang yang sering digunakan untuk aktiviti sukan di
peringkat sekolah.
Bangunan asal SK Lebir yang digunakan sehingga tahun 2010 |
Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1985 dengan hanya sebuah
blok bangunan kayu untuk Bilik Darjah dan Pejabat dan satu blok bangunan kayu
lagi sebagai kuarters guru. Walaupun beroperasi dalam keadaan serba
kekurangan sekolah ini masih mampu menghasilkan
pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum. Pelajar-pelajar perintis
sekolah ini telah menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Tahun Lima yang pertama pada tahun
tersebut.Pelajar-pelajar yang berjaya telah dinaikkan ke tingkatan satu di
Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh.
Blok bangunan yang menempatkan pejabat, bilik guru, Pusat Sumber dan kantin sekolah |
Kini,
Sekolah Kebangsaan Lebir masih gagah berdiri dengan bangunan yang serba baru
dengan segala kemudahan yang lengkap. Bilangan guru yang ada pada masa ini juga
mencukupi iaitu seramai 17 orang dan seramai 6 orang kakitangan termasuk
kakitangan swasta.