Friday, 19 April 2013

Majlis Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) Tahun 2013

Pada 15 April 2013 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) untuk tahun 2013. Program tersebut bertujuan untuk memupuk minat murid terhadap pembacaan buku.
Majlis tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dan dimulakan dengan ucapan daripada Pengacara Majlis pada pagi tersebut iaitu Pn. Salwa Bt. Wahed.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Nik Haziman B. Che Daud.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat Program Nilam yang disampaikan oleh En. Mohd Zaidi B. Musa selaku Guru Perpustakaan & Media Sekolah.

Ucapan perasmian kemudiannya disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Lebir, En. Azahari B. Ismail. Ucapan beliau menekankan berkenaan dengan kepentingan membaca sebagai sumber ilmu pengetahuan berdasarkan kepada Surah Al-Alaq.


Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian memotong reben bagi melancarkan program tersebut.

Acara seterusnya ialah upacara penyerahan hadiah utama Anugerah Tokoh Nilam SK Lebir berupa sebuah basikal yang disampaikan sendiri oleh YDP PIBG SK Lebir, En. Ab. Aziz B. Ab. Rahman.





Majlis pelancaran diserikan lagi dengan beberapa persembahan oleh murid-murid SK Lebir dimulakan dengan Ulasan Buku yang disampaikan oleh adik Nur Aishah Bt. Norazmi, seterunya deklamasi sajak oleh adik Nur Nafisyah Bt. Jusoh dan adik Nur Alia Sarafina Bt. Saimi.

Persembahan seterunya ialah Chorus Reading yang disampaikan oleh kumpulan Chrous Reading SK Lebir yang dilatih khas Pn. Salwa Bt. Wahed. Persembahan tersebut mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton. Persembahan tersebut disambung dengan nyanyian lagu Nilam dan Membaca Gaya Wawasan.





Acara pada hari tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu Nilam dan Membaca Gaya Wawasan secara beramai-ramai oleh semua warga SK Lebir.

Pihak Pusat Sumber Sekolah selaku penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan perjalanan program pada hari tersebut.

Untuk melihat gambar sekitar Majlis Pelancaran program tersebut sila klik link berikut : Galeri Sekitar Majlis Pelancaran Nilam 2013

0 comments:

Post a Comment