Pada hari Selasa, 5hb Februari yang lalu telah berlangsungnya Sambutan Hari Maulidur Rasul bagi tahun 1434H peringkat Sekolah Kebangsaan Lebir. Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini bertemakan "Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah". Majlis tersebut bermula seawal jam 7.45 pagi di Dewan Rajawali SK Lebir.
Majlis dimulakan dengan ucapan Ustazah Noor Aini Bt. Awang selaku Ketua Panitia Matapelajaran Pendidikan Islam.
Seterusnya majlis dirasmikan oleh En. Azahari B. Ismail selaku Guru Besar SK Lebir.
Sambutan tersebut diteruskan lagi dengan acara Selawat Badar secara beramai-ramai dan disambung dengan perarakan berwarna-warni Maulidur Rasul di sekitar Kampung RKT Lebir.
Pada sekitar jam 10.30 pagi berlangsungnya pula acara pertandingan mewarna bagi murid tahap 1 dan peraduan mereka dialog bagi murid tahap 2. Untuk meneruskan acara pada hari tersebut Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah menayangkan filem sempena Sambutan Maulidur Rasul dengan filem animasi bertajuk "Muhammad Utusan Terakhir".
Acara pada hari tersebut di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan mewarna, mereka dialog dan sepanduk terbaik bagi kelas yang terlibat.
Diharapkan agar tradisi menyambut hari kelahiran Rasulullah S.A.W ini dapat diteruskan lagi dengan jayanya pada tahun-tahun akan datang.
0 comments:
Post a Comment