Selamat Datang

Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Lebir, Gua Musang.

Aktiviti 'Paper Clothing'

English in Camp 2012 @SK Lebir.

Semoga Berjaya

Calon-calon Target '5A' UPSR 2012

Menjamu Selera

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012

UPSR Menjelang

Calon-calon menduduki Ujian Percubaan UPSR 2012

UPSR Menjelang

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu UPSR 2012

Terima Kasih

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2012

Selamat Bertukar

Majlis Perpisahan Penolong Kanan Kokurikulum En. Badrul Hisyam B. Ab. Ghani yang bertukar ke SK Kamil 1, Pasir Puteh, Kelantan.

Sunday, 27 January 2013

Guru muda lonjak kualiti transformasi pendidikan - TPM



SABAK BERNAM 26 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, lebih 200,000 guru muda di seluruh negara mempunyai peranan untuk melonjakkan kualiti dan transformasi pendidikan negara yang akan dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru muda adalah sebahagian daripada bilangan keseluruhan guru yang terdapat di negara ini yang akan terus berada dalam sistem pendidikan negara bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

''Ini bermakna anda berperanan bukan sahaja melonjakkan kualiti pendidikan tetapi juga menentukan di mana sistem pendidikan kita akan berada dalam tempoh tiga dekad yang akan datang.

''Dalam erti kata lain, masa depan sistem pendidikan negara kita terletak di tangan anda," katanya ketika merasmikan Himpunan Guru Muda 1Malaysia (GM1M) peringkat zon tengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kementerian turut menekankan kepentingan 'High Order Thinking Skill' (HOTS) iaitu mahu guru-guru mempunyai keupayaan baru, penguasaan ilmu yang lebih tinggi, bijak berbicara dan dapat menganalisis serta menterjemah ilmu pengetahuan yang bukan setakat dalam bidang biasa.

Sehubungan itu katanya, program bimbingan guru akan ditingkatkan pada masa depan selaras dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta mulai tahun ini bagi melatih semula kemahiran guru dalam bidang sains, matematik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris supaya bidang utama dalam kurikulum dapat dikuasai oleh semua guru.

''Ini dianggap sebagai langkah awalan dan pelbagai langkah lain akan dilaksanakan,'' katanya.

Seperti yang diketahui katanya, dalam pelan tersebut terdapat 11 anjakan besar dan salah satu yang akan diberi tumpuan ialah menjadikan perguruan sebagai kerjaya pilihan dan bukan memilih guru setakat untuk mendapatkan pekerjaan.

''Guru bukan satu pekerjaan tetapi satu profesion. Guru adalah orang yang bijak dan mahir yang berperanan untuk memajukan masyarakat dan negara," katanya.

Dalam majlis itu, Muhyiddin turut melancarkan Buletin Maya GM1M.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130127/dn_03/Guru-muda-lonjak-kualiti-transformasi-pendidikan----TPM#ixzz2J9YDCOdb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, 17 January 2013

Garis Panduan Pelaksaan Pelaksanaan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

Berikut disertakan Garis Panduan Pelaksaan Pelaksanaan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) untuk panduan dan rujukan semua guru dan kakitangan.

Garis PAnduan Pelaksanaan Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) by MOHD ZAIDI MUSA

Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013

16 January 2013 
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membuat pindaan tarikh cuti berganti bagi perayaan Tahun Baru Cina tahun 2013, daripada hari Sabtu, 26 Januari 2013 kepada hari Sabtu, 9 Mac 2013. Sila rujuk Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 2013 untuk maklumat lanjut.

Surat Siaran KPM Bil 1 2013 :Pindaan Tarikh Cuti Berganti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2013 by sonx2003

Saturday, 12 January 2013

Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Tahun 2013

Perkongsian berikut pula berkenaan dengan tarikh bagi kemasukan data peperiksaan dalaman sekolah untuk Tahun 2013. Diharapkan agar perkongsian ini dapat menjadi rujukan tuan/puan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2013 by shamsudinmohdrosli

Penggal Persekolahan, Cuti Peristiwa & Cuti Berganti Bagi Tahun 2013

Berikut adalah Surat Siaran KPM Bil 33 Tahun 2012: Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Tahun 2013. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan untuk kita semua dalam merancang tugas seharian.

Surat Siaran KPM Bil 33 Tahun 2012: Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Tahun 2013 by shamsudinmohdrosli

Tuesday, 1 January 2013

Hari Pertama Persekolahan

GPK HEM, En. Ismail B. Daud menyampaikan ucapannya.
Alhamdulillah, pada pagi 1 Januari 2013, Sekolah Kebangsaan Lebir telah pun dibuka semula selepas bercuti selama lebih kurang 1 bulan setengah. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2013. Pihak SK Lebir ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Kembali Bertugas kepada warga guru SK Lebir, Selamat Kembali ke sekolah buat murid-murid lama dan Selamat Datang kepada murid-murid prasekolah, Tahun 1 dan murid-murid baru. Bilangan murid setakat semalam ialah 114 orang (59 orang lelaki & 55 orang perempuan). Murid-murid prasekolah masih kekal 1 kelas dengan bilangan seramai 25 orang murid.



Guru Besar, En. Azahari B. Ismail menyampaikan
amanat & pesanannya kepada  warga SK Lebir
Bilangan kelas setakat ini juga kekal sebanyak 6 kelas. Bilangan guru bagi sesi persekolahan kali ini pula ialah seramai 18 orang. Pihak kami mengharapkan semoga SK Lebir akan mencatat rekod kejayaan cemerlang pada tahun ini hasil kerjasama semua guru dan ibu bapa serta warga sekolah. Insya Allah.