Selamat Datang

Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Lebir, Gua Musang.

Aktiviti 'Paper Clothing'

English in Camp 2012 @SK Lebir.

Semoga Berjaya

Calon-calon Target '5A' UPSR 2012

Menjamu Selera

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012

UPSR Menjelang

Calon-calon menduduki Ujian Percubaan UPSR 2012

UPSR Menjelang

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu UPSR 2012

Terima Kasih

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2012

Selamat Bertukar

Majlis Perpisahan Penolong Kanan Kokurikulum En. Badrul Hisyam B. Ab. Ghani yang bertukar ke SK Kamil 1, Pasir Puteh, Kelantan.

Friday, 30 November 2012

Baju Sekolah

Tajuk:Baju sekolah


Kisahnya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang se

tiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 





Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 





"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. 


"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya 


"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" 


" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." 


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, 
"Maafkan cikgu, ......." 




Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.. ♥





Sekadar berkongsi..

Thursday, 29 November 2012

Pertukaran Guru

Untuk makluman kepada semua untuk sesi tahun 2013 ini SK Lebir akan kehilangan 2 orang guru yang akan bertukar ke sekolah baru. Guru-guru yang bertukar ialah :






En. Mohd Azdi B. Daud (Guru Matematik) yang bertukar ke SK Pasir Puteh (Lelaki), Pasir Puteh, Kelantan









En. Mohd Rizal B. Ramli (Guru Prasekolah) yang bertukar ke SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu







Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka. Jasa dan bakti mereka selama berada di sini akan tetap dikenang selamanya.

Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2013

Takwim Persekolahan 2013

Merintis Kejayaan Menggapai Kecemerlangan.

Alhamdulillah, setelah hampir 4 tahun menyepi akhirnya laman web SK Lebir telah dibangunkan semula bagi menggantikan laman web asal SK Lebir yang telah pun agak 'outdated'. Meskipun begitu tujuan dan harapan pihak kami masih lagi sama iaitu untuk menyebarkan maklumat khusus berkenaan dengan pendidikan di negara ini. Mudah-mudahan dapat memberi manafaat kepada semua pembaca laman ini. Insyaallah..Amin..