Selamat Datang

Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Lebir, Gua Musang.

Aktiviti 'Paper Clothing'

English in Camp 2012 @SK Lebir.

Semoga Berjaya

Calon-calon Target '5A' UPSR 2012

Menjamu Selera

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2012

UPSR Menjelang

Calon-calon menduduki Ujian Percubaan UPSR 2012

UPSR Menjelang

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu UPSR 2012

Terima Kasih

Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2012

Selamat Bertukar

Majlis Perpisahan Penolong Kanan Kokurikulum En. Badrul Hisyam B. Ab. Ghani yang bertukar ke SK Kamil 1, Pasir Puteh, Kelantan.

Friday, 28 December 2012

Surat Siaran KPM Bil 20 Tahun 2012: Pelaksanaan Perakuan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru Tahun 2012

Untuk panduan dan rujukan guru-guru dalam melaksanakan tugas & amanah seharian. Terima kasih.


Surat Siaran KPM Bil 20 Tahun 2012: Pelaksanaan Perakuan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru T...

sumber : http://cikgushamsudin.blogspot.com (terima kasih di atas perkongsian ini).

Thursday, 27 December 2012

Banjir: Sesi persekolahan mungkin ditangguh

PUTRAJAYA — Sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Januari nanti mungkin akan ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Sufa”at Tumin berkata, keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.

"Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sufa”at berkata, persiapan yang sepatutnya juga sudah diambil bagi memastikan kelengkapan di sekolah tidak rosak akibat banjir termasuk kerusi, meja dan komputer.

Bagi sesi persekolahan kali ini, Sufa”at berkata, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan memulakan sesi persekolahannya pada Selasa depan dan berakhir 31 Disember tahun depan, sementara negeri-negeri lain akan bermula Rabu depan dan berakhir 1 Januari 2014.— BERNAMA


Sumber : Akhbar Kosmo, 26 Disember 2012.

Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun 2013

Pada 26 Disember 2012 telah berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Awal Tahun untuk tahun 2013. Mesyuarat tersebut diadakan khusus untuk merancang dan membentangkan aktiviti SK Lebir sepanjang tahun 2013. Mesyuarat telah berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan di pengerusikan pada mulanya oleh mantan Guru Besar SK Lebir, En. Khairull Azmi B. Mat Yusoff dan selepas lebih kurang sejam bermesyuarat, mesyuarat tersebut kemudiannya dipengerusikan oleh Guru Besar SK Lebir yang baharu iaitu En. Azahari B. Ismail. Selain daripada itu mesyuarat juga telah dihadiri oleh dua orang guru baharu iaitu En. Nisyurman Mohamad (Guru Matematik) dan Pn. Wan Noriah Bt. Wan Naim (Guru Prasekolah).

Kehadiran :

En. Azahari B. Ismail (Guru Besar)
En. Khairull Azmi B. Mat Yusoff (Mantan Guru Besar)
En. Rasedi B. Teh (GPK Pentadbiran)
En. Ismail B. Daud (GPK HEM)
En. Hassan B. Shazali (GPK KO)
En. Mohd Hazlimi B. Mat Arrifien
En. Mohd Zaidi B. Musa
En. Abdul Fatah B. Ghazali
En. Mohd Shamri B. Mohd Adenan
En. Nisyurman B. Mohamad
En. Irwanshah B. Kamarulzaman
Pn. Wan Noorasikin Bt. Wan Ahmad
Pn. Noor Aini Bt. Awang
Pn. Nor Aida Bt .Ismail
Pn. Wan Noriah Bt. Wan Naim
Pn. Nor Wahida Bt. Ismail

Thursday, 20 December 2012

30,474 calon PMR lulus semua A

Putrajaya: Seramai 30,474 atau 6.92 peratus daripada 481,424 calon yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat Gred A bagi semua mata pelajaran. Ia bagaimanapun mencatatkan penurunan 3,797 calon atau 0.85 peratus berbanding 34,271 calon pada 2011.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Datuk Dr Amin Senin, berkata bilangan calon yang mendapat E dalam semua mata pelajaran turut berkurangan daripada 346 calon (0.08 peratus) pada 2011 kepada 241 (0.05 peratus) tahun ini.

Katanya, berdasarkan indeks Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), tujuh mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Kesenian, Bahasa Tamil dan Bahasa Punjabi menunjukkan peningkatan.
Sebanyak 10 subjek lain, termasuk Bahasa Inggeris (BI), Pendidikan Islam, Sains dan Matematik mencatatkan penurunan.

“Kita belum boleh bagi tahu (punca penurunan), kita kena lihat secara terperinci dengan melakukan kajian membabitkan semua calon dan subjek berkenaan.

“Penurunan prestasi dalam mata pelajaran BI memang dijangka sebab tahun lalu kita mula perkenalkan teks baru komponen Sastera Bahasa Inggeris,” katanya pada sidang media mengumumkan analisis keputusan PMR di Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Amin berkata, keputusan PMR kali ini diumum berdasarkan empat perkara, iaitu pencapaian calon secara keseluruhan, calon bandar berbanding luar bandar, calon keperluan khas dan prestasi setiap mata pelajaran.
Katanya, secara keseluruhan, pencapaian calon dalam 17 mata pelajaran tahun ini stabil dengan indeks Gred Purata Nasional (GPN) kekal pada 2.71 mata seperti tahun lalu.

Sementara itu, pencapaian calon bandar lebih baik berbanding calon luar bandar, namun jurangnya berjaya dirapatkan sebanyak 0.03 mata GPN iaitu daripada 0.29 mata kepada 0.26 mata.

“Bagi calon keperluan khas pula, pencapaian mereka meningkat 0.03 mata GPN, iaitu daripada GPN 4.10 mata tahun lalu kepada 4.07 mata tahun ini.

“Tahun ini, ada 14 calon keperluan khas mendapat keputusan cemerlang (semua A) iaitu pertambahan dua calon. Malah, keputusan tahun ini juga menunjukkan bilangan calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran berkurangan 1.14 peratus,” katanya.

Dari segi mata pelajaran, prestasi Bahasa Melayu meningkat 0.04 mata, di mana calon mendapat keputusan cemerlang (Gred A) meningkat 1.2 peratus daripada 26.3 peratus (2011) kepada 27.5 peratus tahun ini.

Bagaimanapun, prestasi BI turun 0.12 mata daripada 3.11 mata tahun lalu kepada 3.23 mata tahun ini.

“Peratusan calon yang mendapat gred cemerlang dalam BI juga berkurangan 1.6 peratus daripada 18.4 peratus (2011) kepada 16.8 peratus tahun ini.

“Bagi mata pelajaran Sains, prestasinya menurun 0.01 mata daripada 2.77 mata tahun lalu kepada 2.78 mata tahun ini dengan peratusan calon mendapat A juga turun 1.4 peratus daripada 30.2 peratus tahun lalu kepada 28.8 peratus tahun ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian, Khamis 20 Disember 2012

Wednesday, 19 December 2012

Resolusi 11 Perkara diteliti: Muhyiddin


Muhyiddin bersama Abdul Ghani dan Azalina mendengar penerangan mengenai Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang di Bayu Permai, semalam.
KONGRES diminta kemuka resolusi secara rasmi

Kota Tinggi: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan meneliti Resolusi 11 Perkara dicadang Kongres Kesatuan Guru-Guru Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) untuk membela nasib pendidik dan pesara guru.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai Menteri Pelajaran, beliau bersedia untuk menerima cadangan KONGRES dan meminta mereka mengemukakannya secara rasmi.
“Daripada apa yang saya baca, ada 11 resolusi yang KONGRES akan bawa kepada kementerian secara rasmi. Kementerian akan menelitinya satu persatu, jika boleh terima, kita akan ambil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di Bayu Permai, Plot A di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman dan Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Mohd Yazid Jaafar.

Muhyiddin mengulas mengenai resolusi mesyuarat Exco Khas KONGRES, Sabtu lalu, yang turut mencadangkan penubuhan bank guru yang bertujuan memberi manfaat kepada 430,000 guru dan 5.5 juta murid seluruh negara.

Resolusi turut mencadangkan penubuhan organisasi mirip Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dikenali Lembaga Tabung Kebajikan Guru yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal kebajikan pendidik dan keluarga mereka.

Yayasan Pendidikan Pengerang
Sementara itu, Muhyiddin mencadangkan Yayasan Pendidikan Pengerang ditubuhkan bagi kepentingan pelajaran anak penduduk kawasan itu dengan dananya disumbangkan pelabur dalam PIPC, termasuk PETRONAS dan Dialog Group Bhd.

“Yayasan ini adalah sebagai tanda sokongan kerajaan dan masyarakat terhadap penduduk yang terbabit dalam PIPC kerana atas pengorbanan mereka, projek dapat dilaksanakan.

“Yayasan ini juga untuk masa depan anak penduduk menerusi penyaluran biasiswa,” katanya yang berpuas hati dengan proses pembangunan PIPC seluas 22,000 hektar yang fasa pertama dijangka siap pada 2016.

Beliau juga berharap tiada pihak mempolitikkan projek itu kerana ia memberi faedah besar kepada Johor dan negara.

Sumber: Berita Harian, 19 Disember 2012


Tuesday, 18 December 2012

Apabila anda tidak berputus asa, anda pasti tidak akan gagal!

Jika seseorang diminta untuk menyenaraikan pencapaian Derek Anthony Redmond, mereka akan dapati bahawa beliau hanyalah memenangi emas dan perak di Kejohanan Dunia dan Sukan Komanwel dalam bidang trek larian. Mereka juga akan mengetahui bahawa beliau pernah memegang rekod British untuk perlumbaan 400m. Walau bagaimanapun, para pengkritik akan mengatakan bahawa tidak memenangi emas Sukan Olimpik adalah satu kecacatan pada kerjaya olahraganya. Apa yang pengkritik tidak akan lihat ialah bagaimana manusia ini muncul juara dalam menghadapi kekalahan dengan bantuan bapanya, Jim Redmond. Bagaimana dia tabah walaupun menghadapi rintangan dalam lariannya. Hanya mereka yang hadir pada perlumbaan separuh akhir acara larian 400m Olimpik Barcelona 1992 atau mereka yang menonton video beliau menamatkan perlumbaan sahaja akan mengetahui semangat keperwiraan beliau.

Redmond pada mulanya memecah rekod British untuk acara 400 meter pada tahun 1985 dengan larian selama 44.82 saat. Rekod ini kemudiannya dipecahkan oleh Roger Black, tetapi Redmond berjaya mendapatkan semula rekod tersebut pada tahun 1987 dengan masa larian 44.50 saat. Rekod tersebut bertahan sehingga tahun 1992.

Sebelum Sukan Olimpik 1992, beliau telah menjalani lapan operasi akibat kecederaan. Walau bagaimanapun, beliau berada dalam keadaan yang baik semasa acara tersebut. Beliau mencatatkan masa terpantas pusingan pertama, dan berjaya ke pusingan suku akhir. Pada pusingan separuh akhir, Redmond bermula dengan baik, tetapi apabila berada kira-kira 250 meter dari garisan penamat, beliau telah mengalami kecederaan hamstring. Beliau terhenti daripada larian, dan kemudiannya jatuh ke tanah dalam kesakitan. Dalam pada masa tersebut pembawa stretcher masuk ke trek larian untuk memberikan bantuan, namun Redmond memutuskan bahawa beliau mahu menamatkan perlumbaan. Beliau mula berjalan dalam keadaan pincang sepanjang trek. Beliau kemudiannya dituruti bapanya, Jim Redmond, yang telah melanggar pegawai keselamatan untuk mendapatkan anaknya. Jim dan Derek menyelesaikan pusingan trek bersama-sama, dengan Derek bersandar pada bahu bapanya untuk sokongan. Setelah mereka melintasi garisan penamat, para penonton sebanyak 65,000 orang telah bangun lalu memberikan Derek tepukan gemuruh. 



Redmond memberitahu bapanya "Saya mesti menamatkan perlumbaan ini." 
Bapanya berkata "Jika kamu mahu menamatkan perlumbaan, kita akan menyelesaikannya bersama-sama."



Perjuangan Redmond dalam acara tersebut kemudiannya menjadi subjek salah satu video 'Celebrating Humanity' Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Pada tahun 2008, Redmond telah dipaparkan dalam iklan Visa mempromosikan Sukan Olimpik. Iklan itu memaparkan kecederaan beliau dalam acara tersebut, menyatakan bahawa "walaupun beliau dan bapanya menamatkan larian di tempat terakhir, mereka berjaya juga menyelesaikan larian tersebut".

Dua tahun selepas Sukan Olimpik di Barcelona, ​​beliau telah diberitahu oleh seorang doktor bahawa beliau tidak akan berjalan lagi atau mewakili negara dalam sebarang acara sukan. Walau bagaimanapun, setelah kehilangan olahraga sebagai kerjaya, beliau mula menumpukan perhatian, dengan galakan bapanya, kepada sukan lain yang beliau minati. Selepas ujian di beberapa kelab bola keranjang, beliau memperoleh tempat dalam pasukan kebangsaan bola keranjang Great Britain. Beliau telah menghantar gambar yang ditandatanganinya kepada bekas pasukan pakar bedah beliau yang telah yakin bahawa beliau tidak akan mewakili negara dalam sukan lagi. Selepas bermain bola keranjang profesional, beliau mengalihkan perhatian pula kepada sukan ragbi, iaitu satu lagi sukan kegemarannya dan telah berjaya sampai ke Division 1 dengan niat untuk mewakili Great Britain profesional dalam tiga disiplin sukan yang berbeza. Walau bagaimanapun, selepas selesai ujian pemilihan untuk pasukan England Sevens, beliau telah dinafikan tempat di dalam skuad tersebut.

Redmond kini berkhidmat sebagai Pengarah Pembangunan untuk larian pecut dan larian berhalangan untuk Olahraga UK.  Beliau juga kini adalah seorang penceramah motivasi.

Pada 10 Januari 2012, Jim bapanya telah mengumumkan bahawa dia akan menjadi salah seorang pemegang obor Olimpik di London semasa Sukan Olimpik Musim Panas.

Derek Redmond adalah contoh terbaik semangat manusia yang tidak pernah berputus asa. Tiada doktor atau kecederaan boleh menarik beliau jauh dari cita-cita beliau untuk mewakili negara, sama ada ianya larian trek atau menggelecek bola keranjang. Beliau mengajar bahawa dalam kehidupan yang mana anda mungkin kalah dalam pertarungan, tetapi jika anda terus berusaha anda pasti tidak akan kalah dalam peperangan. 


Sila lihat klip video di bawah untuk melihat semangat Derek Redmond.


Monday, 17 December 2012

Semakan dan Slip Gaji & Bonus Disember 2012

Untuk makluman kepada semua guru dan kakitangan, pihak  Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah pun mengeluarkan slip pembayaran gaji dan bonus bagi bulan Disember 2012. Anda semua boleh lah ke lama e-Penyata Gaji dan Laporan untuk mendapatkan slip gaji dan bonus masing-masing. Terima kasih.

Sukar Kawal Bahasa SMS


Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran mengakui sukar mengawal penggunaan bahasa ringkas atau SMS (khidmat pesanan ringkas) dalam kalangan pelajar khususnya ketika peperiksaan. 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata perkara itu rumit untuk dikawal kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh menghalang atau mencegahnya daripada berlaku. 
Sehubungan itu, katanya, guru sudah diarahkan untuk memastikan pelajar tidak menggunakan bahasa ringkas dalam pembelajaran harian dan ketika peperiksaan. 

Jejas kemurniaan bahasa 

Katanya, kesan penggunaan bahasa ringkas atau SMS boleh menjejaskan kemurnian bahasa khususnya bahasa Melayu. 

Beliau berkata, pemakaian telefon bimbit mempengaruhi penggunaan bahasa ringkas dalam kalangan pelajar sehingga tanpa sengaja menggunakan bahasa itu ketika peperiksaan. 

“Justeru, guru perlu memastikan pelajar memahami penggunaan bahasa ringkas boleh mempengaruhi pemarkahan, sekali gus menyebabkan pelajar gagal dalam peperiksaan. 
“Guru juga perlu memberikan contoh kertas jawapan yang menggunakan bahasa ringkas bagi menyedarkan pelajar,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Akhbar semalam melaporkan, penemuan hasil kajian dijalankan sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati penggunaan bahasa ringkas atau SMS kini semakin membimbangkan apabila ia turut digunakan pelajar dalam peperiksaan rasmi, termasuk pada peringkat institusi pengajian tinggi. 

Kerjasama semua pihak 

Mohd Puad berkata, kawalan menyeluruh hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bekerjasama termasuk Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menerusi tindakan drastik. 

Sementara itu, pakar bahasa, Profesor Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, berkata penggunaan bahasa ringkas akan melambatkan proses perkembangan bahasa Melayu, sekali gus menyebabkan keupayaan bahasa berkenaan menjadi bahasa ilmu dipertikaikan. 

Katanya, tindakan remaja yang gagal menghormati kemurnian bahasa akan memberi peluang kepada pihak lain mengutuk bahasa Melayu.

Sumber: Berita Harian, 14 Disember 2012

Friday, 7 December 2012

Aplikasi Zello Sebagai Medium Perhubungan

Umum maklum bahawa kita sekarang telah pun berada pada abad ke 21. Pada zaman sekarang perhubungan tidak lagi tertakluk kepada penggunaan telefon semata-mata sahaja. Sejak adanya internet dalam kehidupan kini perhubungan telah berevolusi dengan meluas. Komunikasi secara 'online' telah menjadi perkara kebiasaan dalam kehidupan seharian kita.

Entri pada hari ini akan berkongsi pengetahuan berkenaan salah satu medium perhubungan online terkini iaitu dengan menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai 'ZELLO'.

Mungkin ramai di antara pembaca yang telah mendengar dan telah sedia menggunakan aplikasi ini. Konsep perhubungan dengan menggunakan aplikasi ini sangat mudah iaitu berkomunikasi secara sehala sama seperti penggunaan 'walkie-talkie' tetapi tidak menggunakan gelombamg radio sebaliknya ia memerlukan talian internet untuk penyambungan.


Aplikasi ini boleh berfungsi dengan baik dan pantas apabila alat peranti yang kita gunakan bersambung dengan talian internet tidak kira sama ada talian tersebut ialah secara rangkaian 3G ataupun rangkaian berwayar (streamyx, maxis fibre dan sebagainya).

Pihak sekolah SK Lebir juga menggunakan aplikasi Zello sebagai medium perhubungan alternatif selain daripada talian telefon biasa memandangkan ia tidak memerlukan sebarang kos penggunaannya dan hanya memerlukan talian internet semata-mata.

Kepada yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini bolehlah memuat turun aplikasi ini secara percuma di pasaran telefon pintar anda. Ianya boleh digunakan oleh telefon pintar yang menggunakan sistem operasi iOS (Apple) dan Android (Samsung, Sony Ericcsson dsb).


Channel rasmi yang digunakan oleh pihak sekolah ialah 'Kelab Zello Lebir'. Anda semua dipelawa untuk bersama-sama untuk berkongsi pandangan di dalam channel tersebut. Terima kasih.





Thursday, 6 December 2012

Maklumat e-SPLG Terkini


Untuk makluman kepada semua guru Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG) telah pun dibuka semula pada 1 Disember 2012 yang lalu.Adalah diharapkan kepada semua guru agar dapat mengemaskini maklumat e-Profile masing-masing secepat mungkin bagi mengelak daripada sebarang masalah.

Link bagi e-SPLG boleh didapati dalam ruangan e-Perkhidmatan di atas. Harap maklum.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Bagi Tahun 2013

Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi tahun 2013 (Satu tarikh gaji untuk semua negeri). Harap maklum.




-Kredit kepada ciklaili.com diatas info ini.

Friday, 30 November 2012

Baju Sekolah

Tajuk:Baju sekolah


Kisahnya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang se

tiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 





Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. 





"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. 


"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya 


"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" 


" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." 


Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, 
"Maafkan cikgu, ......." 




Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.. ♥





Sekadar berkongsi..

Thursday, 29 November 2012

Pertukaran Guru

Untuk makluman kepada semua untuk sesi tahun 2013 ini SK Lebir akan kehilangan 2 orang guru yang akan bertukar ke sekolah baru. Guru-guru yang bertukar ialah :






En. Mohd Azdi B. Daud (Guru Matematik) yang bertukar ke SK Pasir Puteh (Lelaki), Pasir Puteh, Kelantan









En. Mohd Rizal B. Ramli (Guru Prasekolah) yang bertukar ke SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu







Selamat maju jaya diucapkan kepada mereka. Jasa dan bakti mereka selama berada di sini akan tetap dikenang selamanya.

Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2013

Takwim Persekolahan 2013

Merintis Kejayaan Menggapai Kecemerlangan.

Alhamdulillah, setelah hampir 4 tahun menyepi akhirnya laman web SK Lebir telah dibangunkan semula bagi menggantikan laman web asal SK Lebir yang telah pun agak 'outdated'. Meskipun begitu tujuan dan harapan pihak kami masih lagi sama iaitu untuk menyebarkan maklumat khusus berkenaan dengan pendidikan di negara ini. Mudah-mudahan dapat memberi manafaat kepada semua pembaca laman ini. Insyaallah..Amin..